Rabu, 23 September 2009

Eropah kearah ISLAM...

Umat Islam bertambah di Eropah

WASHINGTON: Semakin ramai masyarakat Eropah memeluk Islam kerana percaya ia satu-satunya jalan memperoleh ketenangan sejati dan sebagai reaksi kepada ketidaktentuan moral masyarakat Barat, kata penyelidik Islam dan bukan Islam kepada akhbar terkemuka Amerika Syarikat.

Walaupun tiada perangkaan tepat, pemerhati menganggarkan beribu-ribu lelaki dan wanita Barat memeluk Islam setiap tahun, lapor The Christian Science Monitor (CSM).

Salah seorang daripada mereka ialah Mary Fallot yang memeluk Islam tiga tahun lalu selepas menanyakan soalan rohani kepada dirinya sendiri dan tidak menemui jawapan dalam agama anutannya sebelum itu, Kristian.

“Bagi saya, Islam ialah mesej mengenai kasih sayang, tolak ansur dan keamanan,” katanya.

Akhbar berkenaan memetik pakar sebagai berkata, penyelidikan juga menunjukkan lebih ramai wanita yang memeluk Islam berbanding lelaki.

Bagaimanapun, bertentangan dengan anggapan biasa, sebilangan kecil saja menukar agama bagi membolehkan mereka mengahwini lelaki Islam. – Agensi

“Dulu ia memang begitu tetapi kini ramai wanita Barat memeluk Islam dengan kerelaan hati,” kata Dr Haifa Jawad, pensyarah di Universiti Birmingham di Britain.

Fallot turut ketawa ketika ditanya sama ada kehidupan cintanya ada kaitan dengan keputusan besar yang diambil untuk menukar agama.

“Apabila saya memberitahu rakan sekerja yang saya sudah memeluk Islam, reaksi pertama mereka ialah bertanya sama ada saya mempunyai teman lelaki Islam. Mereka tidak percaya saya memeluk Islam dengan kerelaan hati,” katanya.

Malah, katanya, dia menyukai cara ‘Islam menghendaki umatnya sentiasa berhubungan dengan Allah.’

Penyelidik yang mengkaji punca wanita Belanda memeluk Islam, Karin van Nieuwkerk, menegaskan wanita tertarik dengan ‘idea tertentu kewanitaan dan kelelakian dalam Islam.

“Terdapat lebih banyak ruang untuk keluarga dan peranan dalam Islam dan wanita tidak dianggap sebagai objek seks,” katanya.

Pada masa sama, kata Sarah Joseph, mualaf Inggeris yang mengasaskan majalah gaya hidup Islam, ‘Emel’, berkata ‘wanita yang memeluk Islam mencari gaya hidup lebih baik daripada gaya feminisme berlebihan Barat yang tidak selalunya tepat.’ —Agensi

Petikan: BErita Harian 29 Disember 2005

Pendidikan Sex~Banyak hukum titik berat pendidikan seks

Oleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

ISLAM adalah agama yang cukup indah dan lengkap dalam setiap aspek kehidupan manusia sejagat. Antara persoalan yang turut disentuh Islam dalam kehidupan umat manusia ialah persoalan seks.

Apabila berbicara mengenai seks, kebanyakan orang akan menganggapnya sebagai perkara sensitif yang tidak boleh dibincang secara terbuka, sedangkan Islam menganjurkan umatnya agar bertanya segala masalah agama kepada orang alim.

Pengabaian persoalan seks juga dikatakan antara faktor yang menyumbang kepada berleluasanya kemelut sosial yang semakin meruncing di kalangan remaja dewasa ini.

Justeru, pendidikan seks perlu diberi perhatian serius oleh ibu bapa secara khusus ketika mendidik anak-anak mereka agar menjadi insan yang bertakwa kepada Allah.

Islam tidak ketinggalan menyediakan garis panduan kepada umat manusia agar mendidik nafsu syahwat mereka selaras dengan nilai agama hingga berubah menjadi nafsu yang dirahmati dan diredai Allah.

Menurut perspektif Islam, pendidikan seks adalah sebahagian daripada pendidikan akhlak yang didasari asas iman.

Konsep awal daripada pendidikan seks dalam Islam ini dimulai dengan pengertian aurat iaitu bahagian tubuh yang wajib ditutup, tidak boleh diperlihatkan dan kita pun tidak boleh melihat aurat orang lain.

Bagi lelaki, auratnya antara pusat hingga ke paras lutut, manakala aurat wanita pula ialah seluruh tubuh badannya kecuali muka dan dua tapak tangannya.

Dalam hal ini, tidak ada sebarang kelonggaran atau keuzuran bagi seseorang untuk mendedahkan auratnya kepada orang lain kecuali untuk tujuan perubatan dan sebab yang dibenarkan syarak.

Amat mendukacitakan terdapat sebilangan umat Islam yang sanggup mendedahkan aurat mereka dengan alasan untuk mencari rezeki atau dengan alasan kebebasan atau sebagainya.

Hujah itu datang daripada seorang yang jahil dan dangkal ilmu Islamnya kerana Islam tidak menghalalkan matlamat mencari rezeki sebagai perbuatan baik jika caranya salah.

Seterusnya, Islam juga memerintahkan ibu bapa memisahkan tempat tidur anak apabila sampai masa dengan menyediakan bilik khusus untuk anak lelaki dan perempuan.

Ini berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud: “Suruhlah anak kamu menunaikan solat apabila berusia tujuh tahun dan pukul mereka apabila berusia sepuluh tahun (jika masih belum menunaikan solat) serta asingkan tempat tidur mereka. (Riwayat Tirmizi dan Abu Daud)

Selain itu, anak sewajarnya dijelaskan berkenaan adab kesopanan di dalam rumah dan juga di luar rumah.

Ibu bapa hendaklah mendidik anak sejak kecil mengenai adab meminta izin dalam rumah tangga iaitu meminta izin untuk masuk ke bilik ibu bapanya.

Dalam hal ini, Allah berfirman maksudnya: “Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang (yang telah cukup umurnya) meminta izin. (Surah al-Nur, ayat 59)

Seterusnya, pendidikan seks juga bererti mendidik anak dan orang dewasa agar sentiasa menjaga pandangan mata termasuk seseorang Muslim dilarang memandang benda haram seperti menonton filem lucah, membaca bahan lucah dan melihat gambar seks.

Malahan, lelaki wajib menundukkan pandangannya apabila melihat perempuan seperti yang dinyatakan Allah dalam surah al-Nur, ayat 30 yang bermaksud: “(Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya mengenai apa yang mereka kerjakan.

Perintah menundukkan pandangan mata bukan hanya kepada lelaki, bahkan perempuan juga turut sama diwajibkan menundukkan pandangan mereka di samping memelihara aurat dan kehormatan.

Dalam hal ini, Allah berfirman maksudnya: “Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mata mereka (daripada memandang yang haram), memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka. (Surah al-Nur, ayat 31)

Di samping itu, anak hendaklah diajar agar tidak bergaul bebas antara lelaki dan perempuan serta tidak berdua-duaan dengan bukan mahram.

Huraian al-Quran dan juga penjelasan hadis Rasulullah berkaitan proses kejadian manusia bermula dari setitik air mani hingga kepada proses kelahiran bayi, hendaklah disampaikan dan dijelaskan kepada anak dengan sebaiknya untuk membuktikan kekuasaan Allah.

Akhirnya, apabila anak muda sudah mencapai umur kematangan yang melayakkan mereka untuk membawa haluan hidup masing-masing, sudah sampai masanya ibu bapa menerangkan mengenai etika hidup bersuami isteri dan berkeluarga secara Islam.

Mudah-mudahan mereka dapat membina sebuah mahligai rumah tangga bahagia yang berada di bawah keredaan Ilahi.

Banyak hukum titik berat pendidikan seks
ISLAM adalah agama yang cukup indah dan lengkap dalam setiap aspek kehidupan manusia sejagat. Antara persoalan yang turut disentuh Islam dalam kehidupan umat manusia ialah persoalan seks.
Apabila berbicara mengenai seks, kebanyakan orang akan menganggapnya sebagai perkara sensitif yang tidak boleh dibincang secara terbuka, sedangkan Islam menganjurkan umatnya agar bertanya segala masalah agama kepada orang alim.
Pengabaian persoalan seks juga dikatakan antara faktor yang menyumbang kepada berleluasanya kemelut sosial yang semakin meruncing di kalangan remaja dewasa ini.
Justeru, pendidikan seks perlu diberi perhatian serius oleh ibu bapa secara khusus ketika mendidik anak-anak mereka agar menjadi insan yang bertakwa kepada Allah.
Islam tidak ketinggalan menyediakan garis panduan kepada umat manusia agar mendidik nafsu syahwat mereka selaras dengan nilai agama hingga berubah menjadi nafsu yang dirahmati dan diredai Allah.
Menurut perspektif Islam, pendidikan seks adalah sebahagian daripada pendidikan akhlak yang didasari asas iman.

Konsep awal daripada pendidikan seks dalam Islam ini dimulai dengan pengertian aurat iaitu bahagian tubuh yang wajib ditutup, tidak boleh diperlihatkan dan kita pun tidak boleh melihat aurat orang lain. Bagi lelaki, auratnya antara pusat hingga ke paras lutut, manakala aurat wanita pula ialah seluruh tubuh badannya kecuali muka dan dua tapak tangannya.
Dalam hal ini, tidak ada sebarang kelonggaran atau keuzuran bagi seseorang untuk mendedahkan auratnya kepada orang lain kecuali untuk tujuan perubatan dan sebab yang dibenarkan syarak.
Amat mendukacitakan terdapat sebilangan umat Islam yang sanggup mendedahkan aurat mereka dengan alasan untuk mencari rezeki atau dengan alasan kebebasan atau sebagainya.
Hujah itu datang daripada seorang yang jahil dan dangkal ilmu Islamnya kerana Islam tidak menghalalkan matlamat mencari rezeki sebagai perbuatan baik jika caranya salah.

Seterusnya, Islam juga memerintahkan ibu bapa memisahkan tempat tidur anak apabila sampai masa dengan menyediakan bilik khusus untuk anak lelaki dan perempuan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud: “Suruhlah anak kamu menunaikan solat apabila berusia tujuh tahun dan pukul mereka apabila berusia sepuluh tahun (jika masih belum menunaikan solat) serta asingkan tempat tidur mereka. (Riwayat Tirmizi dan Abu Daud)
Selain itu, anak sewajarnya dijelaskan berkenaan adab kesopanan di dalam rumah dan juga di luar rumah.
Ibu bapa hendaklah mendidik anak sejak kecil mengenai adab meminta izin dalam rumah tangga iaitu meminta izin untuk masuk ke bilik ibu bapanya. Dalam hal ini, Allah berfirman maksudnya: “Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang (yang telah cukup umurnya) meminta izin. (Surah al-Nur, ayat 59)
Seterusnya, pendidikan seks juga bererti mendidik anak dan orang dewasa agar sentiasa menjaga pandangan mata termasuk seseorang Muslim dilarang memandang benda haram seperti menonton filem lucah, membaca bahan lucah dan melihat gambar seks.
Malahan, lelaki wajib menundukkan pandangannya apabila melihat perempuan seperti yang dinyatakan Allah dalam surah al-Nur, ayat 30 yang bermaksud:
“(Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka.
Sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya mengenai apa yang mereka kerjakan.
Perintah menundukkan pandangan mata bukan hanya kepada lelaki, bahkan perempuan juga turut sama diwajibkan menundukkan pandangan mereka di samping memelihara aurat dan kehormatan.
Dalam hal ini, Allah berfirman maksudnya: “Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mata mereka (daripada memandang yang haram), memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka. (Surah al-Nur, ayat 31)
Di samping itu, anak hendaklah diajar agar tidak bergaul bebas antara lelaki dan perempuan serta tidak berdua-duaan dengan bukan mahram.
Huraian al-Quran dan juga penjelasan hadis Rasulullah berkaitan proses kejadian manusia bermula dari setitik air mani hingga kepada proses kelahiran bayi, hendaklah disampaikan dan dijelaskan kepada anak dengan sebaiknya untuk membuktikan kekuasaan Allah.
Akhirnya, apabila anak muda sudah mencapai umur kematangan yang melayakkan mereka untuk membawa haluan hidup masing-masing, sudah sampai masanya ibu bapa menerangkan mengenai etika hidup bersuami isteri dan berkeluarga secara Islam.
Mudah-mudahan mereka dapat membina sebuah mahligai rumah tangga bahagia yang berada di bawah keredaan Ilahi.

INFO
Asas pendidikan seks dalam Islam

  1. Mempunyai status dalam pertalian kekeluargaan iaitu muhrim dan bukan muhrim
  2. Mewajibkan wanita menutup aurat untuk mengelak membangkitkan keghairahan lelaki
  3. Mengasingkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan
  4. Mengelakkan anak tidur bersama ibu bapa pada peringkat usia tertentu
  5. Melarang melihat benda haram seperti membaca buku dan menonton filem lucah
  6. Mempunyai adab dan peraturan dalam hubungan seks suami isteri

~Satu Penerbangan...

Bila kita akan berangkat dari alam ini ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara...........


1. Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran
dan Al-Hadith

2. Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah

3. Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, ianya
atas kesudian Pencipta kita

4. Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, atau setaraf dengannya tetapi kain putih kotton

5. Di mana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone, tetapi air mawar dan cendana

6. Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi Al-Islam

7. Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'Lailahaillallah'

8. Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain

9. Di mana layananya dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, sekadar kain yang diwangikan

10. Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi
tanah perkuburan

11. Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik 7 kaki dalam
gelita

12. Di mana pegawai imegresen adalah Munkar dan Nakir, mereka hanya memeriksa samada kita layak ke
destinasi yang diidamkan

13. Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan

14. Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh

15. Di mana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam

*Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya..

*Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan

* Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang

+ Sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan

Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada
masanya

Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria

Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu

Ya! Berita Baik!!
Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini
Oleh itu bergembiralah selagi boleh!
dan sekiranya anda boleh!

Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa 'amaran'

Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan

ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???

Sendiri mau ingatlah.................