Rabu, 17 Jun 2009

SILA PASTIKAN MAKANAN ANDA HALAL!!!

Click Me!1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1)McDonald 2) A&W 3) Secret Recipe

Restoran/syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM
Kerana gagal mematuhi syarat Dan piawaian halal :
1) Victoria Station 2)Kam Lun Tai 3) Lotus Family
Restoran

Restoran/syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse 2)Chicken Rice shop 3)Kiwi
Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti coke Dan 100 plus telah
Mendapat pengesahan halal JAKIM.

Bagi kuih bulan Dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM
Adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat.
KG Pastry atau Noraini's Cookies Dan lain-lain yang Ada menggunakan logo
Halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarikbalik
Pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat Dan peraturan
Halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh
Syarikat Sin Mah S/B, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM.

3. Assalamualaikum Terima Kasih Pada yang bertanya,

Mewarnakan rambut Dr segi hukum syarak terbagi kepada :
1.Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam.Warna hitam
Hannya harus bagi yang berpenyakit sahaja.
2.Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
3.Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
4.Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
5.Harus mewarnakan rambut dengan izin Suami.

Dari segi ingredient pewarna rambut yg Ada dipasaran terbahagi
Kepada 2 jenis yang mana kedua-duanya dalah halal dari segi bahan
Kandungan.
Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut menyerap air atau
Tidak ??

Pewarna rambut yang dipasaran biasanya akan tertulis pada
Kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE. Mengikut kajian jenis yang
Semi-Pamenent Dye adalah jenis yang tidak menyerap air Dan ianya tidak
Boleh dipakai oleh orang Islam.Begitu juga sebaliknya.
JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna
Rambut kerana ianya di kilangkan di luar negara. Utk pengetahuan, JAKIM
Hanya akan keluarkan sijil halal utk produk yang diproses di Malaysia
Sahaja . Wassalam

4. Sehingga kini pengeluar supplement Dan produk makanan kesihatan yang
Telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha , kebanyakan supplement
Food dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM Dan telah
Dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk
Jenama Blackmores, Solaray,Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat
Pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang
Digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui
Sama Ada lembu itu disembelih atau tidak.
Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah
Produk import, maka pengedar Dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan
Pengesahan halal dari badan Islam dinegara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome Dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat
Pengesahan halal JAKIM , maka kerana itu tidak dapat dipastikan status
Kehalalan makanan/minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan : Saya ingin tahu samada semua stall di foodcourt Suria KLCC
Halal kerana tiada papan tanda yg membezakan gerai yg halal dengan yg
Tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC
Menghidangkan makanan yang halal (walaupun Ada yang menjual arak ): Madam
Kwan's, Spring Garden ,Rain Nudle House, Bukhara , Chillis, California
PIzza, Kelantan Delights, Chakri's Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie
Anne's Pretzels,Cinnabon, Al-Marjan, Bong Sen (Vietnamese), Chinoz On the
Park, Dome Caf¡¦¥¹, Genki Sushi, Gloria Jean's Coffees, House of Sudanese
Food, San FranciscoSteak House/Santini.
Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak Ada yang mendapat
Pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan
Itu.

7. Baker's Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan
Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal
Kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.
King's Confectinery telah mendapat pengesahan halal JAKIM, Status makanan
Yang disediakan di Giant Dan Tesco Ada sebahagiannya yang telah mendapat
Pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal
Yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat
Pengesahan halal JAKIM secara khusus.
8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan
Halal JAKIM.

9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas
Restoran Burger King, maka dengan itu tidak dapat dipastikan status
Kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage
Ayam, fish ball Dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk
Terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk
Ramli Burger Dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal
JAKIM Dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal
JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM Dan telah
Dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck
Memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat
Dipastikan kehalalan bahan/produk di tempat tersebut.

Waallahua'lam cool.gif

Tiada ulasan:

Catat Ulasan